JellyPages.com

Khamis, 30 April 2015

video "sahabat sejati GGG" telah di padam.

untuk pengetahuan umum.. video ini telah,dipadam disebab kan hal tertentu yg xdpt dielakkan.. sorry guys...http://www.youtube.com/watch?v=NAE6OEoLC7M

birthday ex penolong kelas 5 IBNU-HAITHAM

Hari ni birthday budak ni.. bekas penolong kelas 5 IBNU-HAITHAM(2014) hahahaha.. happy birthday dayah.. semoga capai ape yg diingini. Semoga mnjadi perempuan yg muslimah.. hehehehehe.. HAITHAMANIANS miss you.. HAPPY BORN DAY SITI NUR HIDAYAH BINTI MAHADZIR! Dh besar dah die.. ckup 18 tahun,dah.. hahaha..,jngan buat bnde yg nakal kay..dont u ever forget HAITHAMANIANS kay! We love u, dayah.

new world

Hey guys! How are you? Almost 1 year this blog being silently.. hahahaha.. we, HAITHAMANIANS are absolutely fine.. we had done our secondary school last year.. this year.. we are going to the new world.. university! HAITHAMANIANS will being apart for a long time.. our friendship will never end! Wish we all the best! Miss our precious moments.. miss u guys! #HAITHAMANIANS #batch97

Isnin, 23 Jun 2014

sahabat sejati GGG

assalamualaikum dan salam 1malaysia,
saya ingin memperkenalkan video ciptaan Amirah Safra Binti Harun, iaitu http://www.youtube.com/watch?v=NAE6OEoLC7M
Anda semua boleh tekan link yg telah di nyatakan di atas ini. harap kalian semua enjoy. xbest pun. video ni di buat untuk saja-saja je.
Enjoy it, ok? dh tengok, sila la komen or like it! selamat menonton.

kerja kursus add math membunuh kami!

assalamualaikum,
Kerja kursus add math telah kami peroleh. dan dengan adanya kerja kursus ini, maka kami akan menjadi gila! gila sebab kena selesaikan projek ini. susah kot! cikgu ckp memang senang. ayat cikgu "ala, projek add math ni senang je. jawapan semua ada dlm internet. cari je." perghh, ckp mmg senang. tapi nk buatnya ,menyeksakan. benda laen yg di cari, benda laen yg keluar! dlm internet ni mmg semua ad. tapi bnde yg xdiperlukan yg bnyak! susah susah! internet oh internet. tolong la bagi aku jawapan untuk projek add math ni! tolong la... 

Selasa, 25 Februari 2014

Bertemu kembali

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Bertemu kembali kita pada hari ini. Maaf dipinta kerana telah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Terdapat beberapa masalah dan kesulitan yg tidak dapat kami elakkan. Dengan adanya status ini, maka 'Status Hari Ini' akan diadakan seperti biasa. Cuma jadualnya berubah sedikit. Status Hari Ini akan dikemaskini setiap minggu sekali sahaja. Tapi anda semua janganlah risau.. Semua yg terjadi ketika di sekolah mahupun ketika di dalam kelas sepanjang minggu akan dikemaskini pada setiap hujung minggu. Status Hati Ini sepanjang bulan 2 (Februari) tidak ada. Harap maklum. Kesulitan anda amatlah kami hargai.. Jangan jemu tau bila baca gelagat kami ini. Kami akan muncul lagi dengan post yg lebih menarik dan lucu untuk anda semua. Sekian.

Khamis, 23 Januari 2014

Status Hari Ini (23/01/2014) (Khamis)

Assalamualaikum,
Pada hari ini, tiada apa-apa yang terjadi di dalam kelas. Pada pagi sewaktu berkumpul di tapak perhimpunan, kami diberitahu bahawa solat hajat pada hari esok akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perjumpaan rumah sukan. Perjumpaan itu akan diadakan untuk memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang akan menyertai kejohanan merentas desa pada hari Sabtu ini.
Pada waktu pertama, iaitu waktu Pendidikan Islam, borang AKU JANJI untuk calon yang akan menduduki SPM pada tahun 2014 telah diedarkan.  Target para pelajar 5 IH kebanyakkannya 5A ke atas. Boleh percaya ke target kitorang ni tercapai? Insyaallah..... Amin... Anda doakanlah apa yg terbaik untuk kami.
Seperti kebiasaannya, kelas tidak lekang dek perbalahan antara pasangan yg cukup dikenli di dalam kelas. Pasangan yg cukup comel dan lucu yg selalu berlari-larian dan berkejar-kejaran seperti berada di taman bunga cukup menghiburkan hati kami. Pasangan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Afiq dan Tehah. Mereka dikatakan sangat 'sweet' di kalangan pelajar kelas kami kerana mereka bergaduh ala-ala comel gitu. Afiq tidak berasa bosan mengusik Tehah, Ada kalanya Afiq bergurau sehingga melibatkan perkara yang serius dan itu menyebabkan Tehah marah. Pergaduhan mereka tidak berlanjutan kerana Afiq pandai mengambil hati sesiapa sahaja dengan caranya yang tersendiri.
Itu sahaja untuk hari ini. Kita bersambung pada hari esok pula, ya?
Assalamualaikum...